Garis Pendapatan Kemasukan Sahabat adalah seperti berikut :
1. Pendapatan isi rumah (Seluruh Negara) : RM2,300 Sebulan
2. Pendapatan perkapita (Seluruh Negara) : RM460 Sebulan
1. Pendapatan isi rumah (Seluruh Negara) : RM2,300 Sebulan
2. Pendapatan perkapita (Seluruh Negara) : RM460 Sebulan
Pemilikan Aset adalah seperti berikut :
Pemilikan aset termasuk rumah, kereta dan tanah hendaklah tidak melebihi RM50,000. Pengiraan adalah dengan menjumlahkan nilai aset yang dimiliki
Pemilikan aset termasuk rumah, kereta dan tanah hendaklah tidak melebihi RM50,000. Pengiraan adalah dengan menjumlahkan nilai aset yang dimiliki
Kewajiban Sahabat AIM1. Hadir ke Mesyuarat Pusat mingguan.
2. Membayar balik pembiayaan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Membuat simpanan wajib mengikut kadar yang ditetapkan.
4. Membantu peserta-peserta lain, apabila mereka berada dalam kesesakan.
2. Membayar balik pembiayaan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Membuat simpanan wajib mengikut kadar yang ditetapkan.
4. Membantu peserta-peserta lain, apabila mereka berada dalam kesesakan.
Syarat Mudah Pembiayaan
1. Tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin.
2. Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang.
3. Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia.
1. Tidak perlu menyediakan cagaran dan penjamin.
2. Tidak dikenakan tindakan undang-undang menuntut hutang.
3. Dilindungi khairat hutang, baki hutang dihalalkan jika meninggal dunia.
Penubuhan Pusat
1. Gabungan antara 2 hingga 8 kumpulan.
2. Boleh diadakan di mana-mana tempat kemudahan awam seperti balairaya, surau dll.
3. Wajib bermesyuarat seminggu sekali.
4. Tempat memproses pembiayaan, bayar balik dan lain-lain urusan berkaitan.

Tabung Kumpulan
Tabung kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1 hingga RM15. Sumber lain tabung ini ialah sumbangan 1% daripada pembiayaan sahabat. Dana tabung kumpulan ini boleh digunakan oleh Sahabat pada waktu kesesakan dan kecemasan.

I-Mesra
Pengenalan
Skim Pembiayaan I-Mesra merupakan skim asas kepada pembiayaan AIM. Skim ini ditawarkan bermula dari pembiayaan pertama dengan jumlah maksima RM3,000 dan digunakan untuk membiayai projek ekonomi yang diyakini dapat memberi pulangan yang baik kepada Sahabat AIM tersebut.

Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM19,900 serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Mesra
- Sahabat layak mendapat I-Mesra kali pertama setelah disahkan dalam kumpulan dan pusat, selepas menjalani Proses Penurunan Kuasa dan Pengiktirafan kumpulan.
- Sahabat layak membuat pembiayaan I-Mesra kali kedua sekiranya peningkatan jumlah pembiayaan yang dipohon adalah kurang daripada RM3,000.
- Sahabat perlu memenuhi keperluan Asas Simpanan bagi I-Mesra melebihi RM10,000
I-Srikandi
Pengenalan
Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Srikandi (I-Srikandi) yang berasaskan konsep fast track adalah merupakan satu skim yang diperkenalkan kepada Sahabat yang mempunyai potensi projek yang berjaya dan berdaya maju. Skim ini juga bertujuan memberi segala kemudahan kredit kepada Sahabat lama tanpa perlu mencari modal tambahan daripada agensi kewangan lain. Melalui skim ini juga Sahabat layak membuat pembiayaan lebih daripada satu dalam tempoh beliau sedang meminjam sama ada melalui pembiayaan semula berkembar.
Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM19,900.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Srikandi
- Sahabat boleh mendapat pembiayaan I-Srikandi jika projek terdahulu yang dibiayai oleh I-Mesra berdaya maju dan memerlukan modal pembiayaan yang lebih besar (satu kali ganda dari pembiayaan terdahulu).
- Kelayakan Sahabat tertakluk kepada proses Keberkesanan Operasi Jumlah Sahabat Pinjam Tanpa Tunggakan di atas 80%.
- Kelayakan Sahabat tertakluk kepada kadar portfolio berisiko pada 0%.
- Sahabat mesti memenuhi Asas Simpanan bagi pembiayaan melebihi RM10,000
I-Wibawa
Pengenalan
Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Wibawa (I-Wibawa) merupakan satu skim pembiayaan yang ditawarkan kepada Sahabat yang sedang mengambil pembiayaan I-Mesra atau I-Srikandi. Skim ini diperkenalkan untuk memberi pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan tambahan modal untuk menjalankan projek secara bermusim atau peluang yang datang dalam tempoh masa yang singkat.
Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM5,000.
- Tempoh bayar balik maksima adalah sehingga 6 bulan.
- Kaedah bayar balik sama ada mingguan, bulanan atau sekaligus.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Wibawa
- Sahabat boleh mendapat pembiayaann I-Wibawa apabila Sahabat memperolehi peluang projek ekonomi/perniagaan dalam tempoh jangkamasa singkat dan memerlukan sumber kewangan sekaligus dan cepat. Contoh : Perniagaan di musim perayaan atau kontrak/tender dari pihak Kerajaan /swasta yang terjamin bayaran baliknya.
- Sahabat yang sedang membuat pembiayaan ekonomi (I-Mesra atau I-Srikandi atau I-Wawasan) membuat bayaran balik mengikut jadual dengan sempurna.
- Sahabat yang sedang membuat I-Mesra kali pertama (di kalangan Sahabat baru) hendaklah sekurang-kurangnya telah membuat bayaran balik dalam tempoh 25 minggu dengan sempurna.
I-Wawasan
Pengenalan
Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil yang dikenali sebagai skim I-Wawasan diperkenalkan untuk melaksanakan skim graduation kepada Sahabat yang berjaya mencapai tahap keushawanan kecil dan sederhana. Skim ini untuk menggalakkan Sahabat supaya melibatkan diri dalam perusahaan kecil dan sederhana.
Maklumat pembiayaan
- Had pembiayaan maksima RM50,000 dan minima RM20,000.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 250 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Wawasan
- Pendapatan minima sahabat ialah 5 kali Purata Garis Kemiskinan (PGK).
- Sahabat telah membuat pembiayaan Ikhtiar (Pembiayaan Ekonomi) sekurang-kurangnya 4 kali dan pernah membuat pembiayaan tertinggi melebihi RM10,000.
- Sahabat masih mengekalkan rekod disiplin Ikhtiar yang baik terutamanya rekod kehadiran dalam mesyuarat pusat (melebihi 90%) dan rekod bayar balik yang sempurna (100%).
- Sahabat perlu menyediakan rekod-rekod perniagaan dan kewangan yang baik.
- Sahabat yang berpengalaman menjalankan projek akan dibiayai sekurang-kurangnya tiga tahun ATAU bagi projek baru diceburi Sahabat perlu mempunyai latihan asas dalam bidang berkenaan daripada badan-badan yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, MARDI, MARA dan lain-lain.
- Sahabat yang menjalankan perniagaan mesti mempunyai lesen perniagaan yang sah.
- Had umur Sahabat meminjam mestilah tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
- Memenuhi syarat Asas Simpanan mengikut jumlah pembiayaan
I-Bestari
- Had pembiayaan yang boleh dipohon sehingga RM5,000.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
- Sahabat yang memerlukan pembiayaan bagi tujuan membiayai keperluan pendidikan samada pendidikan formal (sekolah rendah hingga ke IPTA) ataupun pendidikan meningkatkan kemahiran (kursus-kursus kemahiran asas/lanjutan). Dokumen yang membukitkan keperluan seperti surat tawaran kemasukan dari institusi pendidikan yang sah, jumlah yuran dan lain-lain keperluan mestilah disertakan dalam borang permohonan.
- Sahabat yang baru menyertai AIM dan hendaklah mengambil pembiayaan I-Mesra kali Pertama terlebih dahulu dan mestilah telah selesai membuat bayaran balik selama 25 minggu.
- Bagi sahabat sedia ada, mereka boleh meminjam mengikut tahun mereka bersama AIM dengan syarat telah mengambil pembiayaan ekonomi dan menjalankan projeknya dengan baik, di samping dengan rekod disiplin kredit yang baik.
I-Sejahtera
Pengenalan
Skim Pembiayaan Ikhtiar Sejahtera (I-Sejahtera) ini merupakan satu skim baru khusus untuk keperluan pelbagai seperti beli tanah, beli rumah, mesin, keperluan menunaikan haji, kenduri kahwin anak, pelaburan, tebus barang kemas dan lain-lain yang tidak melanggar undang-undang atau hukum agama.
Maklumat Pembiayaan
- Had pembiayaan yang boleh dipohon RM2,000 sehingga RM10,000.
- Tempoh pilihan bayar balik adalah antara 25 hingga 150 minggu.
- Kaedah bayar balik secara mingguan.
- Caj pengurusan 10% setahun atau 5% bagi tempoh bayar balik selama 6 bulan.
Syarat-syarat Khusus I-Sejahtera
- Sahabat yang hendak mengambil I-Sejahtera mesti sudah mempunyai rekod pembiayaan ekonomi sekurang-kurangnya I-Mesra kali pertama dan telah membuat bayaran balik selama 25 minggu.
- I-Sejahtera bagi pusat yang memenuhi Keberkesanan Operasi (OE) 80% dan Portfolio Berisiko ditahap 0% layak mengikuti putaran di bawah :
Bil Putaran |
1
|
2
|
3
|
4
|
RM Maksima |
2,000
|
3,000
|
5,000
|
10,000
|
- I-Sejahtera bagi Keberkesanan Operasi (OE) kurang 80% dan Portfolio Berisiko (PAR) kurang 5% layak mengikut putaran berikut :
Bil Putaran |
1
|
2
|
3
|
4
|
RM Maksima |
2,000
|
2,000
|
2,000
|
2,000
|
- Sekiranya Portfolio Berisiko (PAR) melebihi 5% pinjaman ini akan dibekukan di pusat tersebut.
I-Penyayang
Pengenalan
Skim pembiayaan pemulihan atau I-Penyayang ini merupakan satu jalan penyelesaian untuk membantu Sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek ekonomi yang disebabkan oleh bencana alam, persekitaran ekonomi dan sosial atau Sahabat. Pembiayaan ini disediakan supaya Sahabat dapat memulakan projek baru atau memulihkan projek yang gagal itu.
I-Penyayang ini ditawarkan kepada Sahabat yang didapati mengalami masalah bayar balik dua minggu berturut-turut, selepas dikenal pasti punca kegagalan projek mereka. Sekiranya mereka layak, maka bayaran balik sedia ada ditangguhkan mengikut prosedur penangguhan bayar balik, kemudian pembiayaan I-Penyayang diproses seperti pembiayaan biasa. Dalam tempoh pembiayaan balik I-Penyayang, jika Sahabat mampu membuat bayaran bagi dua pembiayaan, maka penangguan bayar balik pembiayaan biasa akan dibuka semula. Jika Sahabat belum layak, maka pembayaran balik I-Penyayang diutamakan terlebih dahulu.
Maklumat Pembiayaan
- Had maksima pembiayaan ialah RM5,000